Seniman Jalanan Berjalan

Kalau zaman-zaman dulu, seniman jalanan sering bermain alat mereka di lorong-lorong, kaki-kaki lima dan sebagainya. Sekarang ni, seniman jalanan yang aku rasa bukan nak cari duit, mungkin sekadar menghiburkan diri bisa bermain di dalam Komuter.. yaa.. Komuter yang sesak-sesak tu..
Pagi semalam, dalam perjalanan ke tempat kerja, aku tunggu tren di Kajang seperti biasa.. Bila aku naik tren, aku terdengar bunyi alat muzik harmonika memainkan lagu-lagu yang jarang kita dengar.. aku intai-intai sumber bunyi tersebut.. disebabkan ramai org dalam tren, aku tak berapa nampak pemain harmonika tersebut.. Aku lihat seorang lelaki berusia berbangsa cina sedang bermain alat muzik tersebut..
Bunyi seperti 2 orang yang main.. tpi aku hanya nampak 1 sahaja.. mungkinkah harmonika ini boleh mengeluarkan 2 bunyi berlainan rentak sekaligus? ayo.. hehe.. mungkin 2 orang rasanya, dua orang warga emas menghiburkan pagi suram kami..
ohh baru tahu ada seorang MFR lagi dalam dunia maya ini.
[Reply]
eh, ramai lagi MFR kat sini.. hehehe..
dulu saya pernah pergi site MFR STUDIO tu..
dapat link drpd alwan..
[Reply]