Tinggal Separuh

Pejam celik pejam celik, dah separuh bulan kita menjalani ibadah puasa. Rasanya seperti baru semalam diumumkan tarikh bermulanya puasa (padahal aku tak tengok pun pengumuman tu.. hahaha). Tinggal separuh bulan lagi, Ramadhan bakal meninggalkan kita dan bakal membawa kemenangan kepada sekalian umat Islam. Semoga ibadah kita di bulan ini diterima oleh-Nya dan semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Bercakap pasal puasa ni kan, selalu dikaitkan dengan cabaran dan dugaan. Sepanjang bulan Ramadhan ini aku telah ditawarkan dengan perkhidmatan jemput pulang oleh kakak aku, sepanjang Ramadhan sahaja. Selalu aku balik kerja sendiri-sendiri. Dengan tawaran ini, aku terpaksa menukar kaedah untuk aku pulang ke Kajang, dengan menaiki Komuter.

Namun disebalik tawaran ini, timbul 1001 macam dugaan. Hampir setiap hari aku dan sekalian manusia yang bekerja di Kuala Lumpur menghadapi cabaran ini. Berdepan dengan jutaan manusia dalam satu masa, menantikan tren-tren komuter yang setiap hari lambat. bila dah lambat, ape jadi? jadi Sardin cap Komuter lah jawabnya. Hinggakan ada segelintir manusia yang kadang-kadang tidak dapat mengawal diri lalu marah dan mengherdik penumpang lain. Kesian.. Sesungguhnya, aku sedang berpuasa…

Bukan sekadar Komuter sahaja buat hal, tapi Putra LRT pun buat hal kelmarin. Ayoyo.. apa sudah jadi? Bila ku fikir-fikirkan, seperti ada satu konspirasi yang dijana untuk menurunkan kadar produktiviti pekerja-pekejra Malaysia ini. (Abis la aku kene tangkap). Bayangkan, jika public trasport ini lumpuh seharian.. Berapa ramai yang lambat masuk ofis? Berapa ramai yang stress dan hilang minat dan tumpuan untuk bekerja. Hmm.. entah lah..

Apa-apa pun, aku harap kita semua dapat la bersabar dengan segala macam dugaan yang menimpa di bulan yang mulia ini. Ujian semua tu.. Ujian…

1 Response

  1. Tulip Biru says:

    Sememangnya kita diduga pada bulan Ramadhan ini…
    Bukan setakat Ramadhan sahaja, hidup kita ini memang tidak dapat lari dari 1001 macam dugaan..
    Pengangkutan awam yang disediakan kerajaan memang bertujuan memudahkan perjalanan seharian.. Namun, sudah lumrah hidup, sesuatu itu tiada yang sempurna.. Sebaik-baik nya kita mencari alternatif yang bersesuaian pabila perlu.. Tren komuter, putra LRT bolehlah diganti dengan penggunaan bas.. Tapi, jalan raya nampaknya lagi sesak dengan bermacam jenis kenderaan semasa bulan Ramadhan ini..
    Manusia berduyun-duyun pulang pada waktu yang sama.. Apapun, kebanyakannya membawa hajat membuka puasa bersama-sama keluarga & teman di destinasi masing-masing.. Mudah-mudahan semuanya selamat tiba dan dipermudahkan urusan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *