Ahlan Ramadhan..
Kedatangan bulan Ramadhan ini juga ada kalanya mengundang satu isu yang sangat digemari di kalangan masyarakat Melayu Islam Malaysia ini, tidak lain tidak bukan, menyebarkan mesej-mesej FWD atau dengan kata lainnya, surat berantai. Ada kalanya isi kandungannya boleh dipakai kerana kebenarannya, dan ada kalanya tidak boleh dipakai langsung disebabkan pendustaan yang dilakukan di dalamnya.. Sebagai contoh la ye..
Sedutan Mesej Berantai Ramadhan:
Do’a Malaikat jibril Menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma’afan
terlebih dahulu antara suami istri; * Tidak berma’afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. dgn itu, melalui pesan ini saya memohon maaf jika slama ini saya de wat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani
semuanya dengan khusyuk, amin.
Sekilas pandang..
Ini Ayat Al-Qura atau Hadis??
Siapa boleh jawab???
Kalau Ayat, surah apa, ayat berapa?
Kalau Hadis, siapa periwayatnya? Sahih ke tak?
Dengan bantuan uncle Google, saya mencari berapa banyak mesej2 ini desebarkan..
Banyak juga.. ada 2 jenis, melayu dan indonesia..
Kemudian saya cari lagi dan terjumpa dengan penjelasan kekarutan mesej ini..
Laman ini menjelaskan kekarutan Doa Malaikat Jibril itu tadi.. yang mana hadis sebenar tiada
kaitan langsung dengan Doa Jibril meminta Allah mengabaikan puasa org2 yang Jibril nyatakan tadi..
Saya harap kita semua menjadi seorang muslim yang berilmu, jangan membabi-buta mengampaikan FWDĀ² yang nyata mengcurigakan..
paanMFR: Nak puasa penuh sebulan seperti tahun-tahun lepas.. InsyaAllah…
tu sebab aku padam saja forward2 yg macam tu.
Ye la ustad malaya š
Saya pon masa dengar doa ni macam pelik. nampak macam strict gila nak diterima pose.
maybe gak benda2 ni orang kafir yg buat… kasik umat kurang yakin ngan islam… pasal macam payaaah je nak diterima puasa kita. walhal tak la sesusah yg diwar2kan doa.
tapi wallahualam ye dok š
O… n tq kerna membaca di blog saya š
Assalaam aleykom WBT