Paypal, MOL Umum Kad Prabayar Baharu – Jom Shopping!

Paypal, MOL Umum Kad Prabayar Baharu

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Paypal dan MOL AccessPortal Berhad (MOL) hari ini mengumumkan kerjasama strategik bagi penyediaan kad prabayar baharu yang dipanggil MOL Paypal – The Digital kepada pengguna Malaysia bagi membeli belah online dan untuk membeli permainan online.

Kad digital itu membolehkan rakyat Malaysia membiayai akaun Paypal yang boleh digunakan untuk membuat pembelian dengan mudah melalui laman web di seluruh dunia atau untuk menambah nilai mata MOL untuk membeli permainan, produk dan perkhidmatan online.

Kad itu memberikan pengguna cara yang lebih cepat dan lebih selamat untuk membuat pembelian melalui Paypal dan transaksi mereka dilindungi dengan lebih baik oleh langkah-langkah pencegahan penipuan dan keselamatan Paypal, kata Elias Ghanem, Pengurus Besar Paypal Asia tenggara dan India, dalam satu kenyataan hari Khamis.

“Selain kemudahan menambah nilai kad itu di lebih 15,000 lokasi di seluruh negara atau melalui perbankan online, pengguna Malaysia boleh mendapatkan pelbagai faedah membeli belah dan ganjaran permainan kerana menggunakan kad ini,” katanya.

Kad yang dijual pada RM15 setiap satu boleh didapati mulai 19 Julai.

— BERNAMA

=====================

Apa maknanya ini? More shopping online ya! Dan more lobang utk cari duit! Selama ini, PayPal hanya terhad kepada pengguna-pengguna yang ada kad kredit (walaupun sekarang boleh guna debit kad) untuk topup amount dalam akaun PayPal itu. Namun sekarang, dengan kerjasama MOL, hampir semua orang boleh gunakan perkhidmatan ini dengan lebih mudah.

Kad Prabayar yang MOL perkenalkan ini tidak dinyatakan secara terperinci jenisnya. mungkin juga kad debit, mungkin juga kad khas yang boleh link terus dengan PayPal. Tapi yang penting, kad ini bakal membuka lebih banyak peluang untuk anda shopping, lebih banyak peluang untuk anda perkemaskan dan perkukuhkan lagi kedai-maya anda. Apa-apa pun, tunggu 19 Julai ini..

1 Response

  1. muse says:

    salam bro…satu langkah yang bijak untuk menrancakan ekonomi kita….gud move…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *