Rejab Datang Lagi..

1 Rejab 1428

1_rejab.jpg
Hari ini, 16 Julai 2007 bersamaan 1 Rejab 1428. Rasa macam baru bulan lepas raya, tiba² masuk Rejab lagi.. Bila dah masuk Rejab ni, pasti kita ternanti-nanti hadirnya Ramadhan. Dah lama tak puasa kan? Tu la, makan je kerjanya. Bulan Rejab, Syaaban ni sebenarnya menjadi bulan untuk kite berlatih puasa, bagi yang malas macam aku ni la kan.. Try² lah, Isnin dan Khamis pun jadi la. Sebagai persediaan kita untuk menempuhi Ramadhan dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan keinsafan.. Jom poser!!

Lesen Memandu L
Haa.. baru nak belajar kereta ke bang? alahai.. Semalam aku buat pertama kalinya memandu di luar Metro. menyusuri Kampung Melayu Subang. Dah la jalan sempit, banyak kereta pula. Memambg memberi satu cabaran dalam misi aku mendapatkan Lesen P.. dah tua-tua baru nak belajar.. Cara pemanduan aku masih lemah dan perlu latihan. Kene pandai kawal navigasi, bajet jarak dan sebagainya.. Kawan-kawan.. berikan aku semangat!! Yeah!!

Menemu dan Menduga
Apa cerita temuduga minggu lepas? Ramai yang YM dan SMS bertanyakan situasi dan keadaan aku ketika itu. Yang penting, aku masuk dan keluar tanpa kehilangan nyawa dan anggota badan.. hahaha.. Aku kalau boleh tak nak dah fikir pasal temuduga minggu lepas. Tunggu sahaja 27 Ogos nanti. Kalau dapat, dapat lah, kalau tak dapat, usaha lagi tahun depan. Soalan?

– Apekah komponen Parlimen?
– Apakah tugas Ketua Setiausaha Negara?
– Apakah jabatan² atau agensi² di bawah Jabatan Perdana Menteri?
– Apakah fungsi Jabatan Audit Negara?
– Apakah tugas PTM?
– Apakah kejadahnya E-Perolehan tu?

– Apa beza Public IP dan Private IP?
– Bagaimana hendak mengetahui perbezaan mesin melalui IP?

– Apa kejadahnya backup itu?
– Siapakah yang menetapkan IP?

– Mengapa kami perlu ambil anda bekerja?

Jawapan aku: Sebab saya muda! Kerajaan perlukan tenaga muda! Kalau ambil yang tua², nanti keras kepala mereka ni.. Tak nak ikut arahan bos yang lebih muda! – terkejut beruk diorang dengar jawapan aku ni.

Selamat Bulan Rejab!

4 Responses

  1. ikoko says:

    jawapan last skali tu, sangat unik dan berani.

    saya suka.

    anda boleh mula kerja sekarang!! \:d/

  2. paanMFR says:

    mana boleh mula kerja sekarang.. belum dapat keputusan temuduga. Tunggu 27 Ogos ini..

  3. kak anis says:

    Paan,

    Jawapan last tu mmg best…patut la terkejut beruk depa…hahahaha..

  4. oit..bole pulak jawab interviu mcm tu. interviu PSM ye? heheh.. good luck!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *