Tempat baru, suasana baru, segalanya baru.
Sekiranya anda pendengar setia radio ini, anda pasti ingat tarikh 1 Ogos. Tarikh kelahiran radio yang memiliki begitu ramai peminat dan pendengar. Cara penyampaiannya yang agak unik memberikan satu kelainan kepada stesen radio ini dan menjadikannya sangat popular… OK, aku taknak cerita banyak pasal radio ni, aku sendiri jarang dengar.. hehehe..
Tarikh 1 Ogos ini juga telah menjadi satu permulaan yang baru dalam hidup aku. Setelah secara rasminya aku bergelar graduan (29 Julai), aku kini memulakan kerjayaku yang lebih serius di ibu kota yang.. yang.. yang macam-macam lah. Walaupun masih dalam percubaan, tempoh 3 bulan yang diberikan ini bakal dihadapi dengan 1001 cabaran dan dugaan. Bayangkanlah, anda bekerja sebagai perintis sesebuah department baru yang diketuai oleh staf super senior. Di mana aku bekerja sebenarnya?
Haa.. nampak logo tu? di situ lah aku bekerja. Dahulu aku menjalankan latihan industri di tempat yang sama, kini aku kembali untuk menerajui department yang baru dalam syarikat ini.. Seram? Takut? Sejuk? (memang sejuk pun.. pendingin hawa yang sangat sejuk!). Bukan aku sahaja yang diambil sebagai staf percubaan ini, bekas teman sebilik aku ketika tahun 1 dan 2 dahulu juga diambil untuk menerajui department ini.
OKlah, aku sebenarnya malas nak cerita panjang-panjang. Doakanlah aku dan rakan aku berjaya menerajui department baru ini.. Amin..
Komen Terkini