Kembara Tarawih: Masjid Usamah Bin Zaid
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Al-Muhtadin
Maaf atas kelewatan update entry Kembara Tarawih ini. Maklumlah, bila berada di rumah tak selalu akan online. Masing-masing berkongsi PC. OK. Kembara Hari ke-16, Malam ke-17 membawa aku ke Masjid Usamah Bin Zaid. Masjid ini terletak di Wangsa Maju, berdekatan Jusco / Alpha Angel. Melihatkan keadaan bangunan dan persekitaran, boleh dikatakan masjid ini masjid yang baru. Tapi takdelah baru sangat-sangat. Kenalan saya pernah mengadakan Majlis Pernikahannya di masjid ini.
Buka Puasa: Saya tiba agak lewat untuk mengetahui jika ada aktiviti sebelum berbuka puasa. Sampai-sampai saja orang dah ambil makanan dan sedia untuk buka. Buka Puasa dan makan berat diadakan di 2 tempat berbeza. Buka puasa di tingkat atas (dewan solat utama) dan makan berat pula di tingkat bawah (dewan serbaguna). Seperti biasa, buka, solat dan makan.
Solat Isyak dan Tarawih: Sementara menunggu waktu solat, seperti mana-mana masjid di bawah seliaan JAWI, akan disediakan seorang atau dua orang Amil untuk memudahkan urusan pungutan Zakat Fitrah. Korang dah bayar Zakat Fitrah blom? Walaupun afdal di pagi raya sebelum solat raya, namun jika tak sempat? OK. Selesai Solat Isyak, beberapa pengumuman diberitahu, kemudian mulalah Solat Tarawih. Solat Tarawih di sini dilakukan sebanyak 20 rakaat. Giliran Imam aku rasa 3 orang kerana syif bertukar pada rakaat ke-8, bukan ke-10 kebiasaan 2 Imam. Selepas rakaat ke-8, Imam berhenti agak lama. Rupannya nak beri masa dan ruang untuk jemaah yang solat 8 rakaan untuk beredar, kemudian baru disusun semula saf.
Perkara menarik ketika berada di masjid ini, bersolat Tarawih, adalah segala aktiviti / perilaku Solat tarawih itu sendiri didokumentasikan secara Audio Visual! Apa kebenda aku cakap ni? Korang faham? 🙂 Maknanya, sebuah kamera video diletakkan di depan mihrab, menghadap jemaah. Mungkin mereka lakukan ini untuk semak bacaan Imam, mungkin juga nak bajet purata tempoh setiap rakaat yang dilakukan. Agaknyalah. Namun ia satu perkara yang menarik, tak pernak dilihat melainkan siaran langsung Solat Jumaat di Masjid Negara. 🙂
OKlah, Kembara akan kembali pada hari Isnin. Semalam, hari ni dan esok akan berada di Kajang untuk Solat Tarawih bersama keluarga.
Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Bandar Baru Sungai Buloh
Salam…Kasi update sekali kalau ada qiamulail ya syaikh…