Kembara Tarawih: Masjid Al-Mujahideen
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Al-Imam Al-Ghazali
Salam Kembara! Malam ini merupakan malam ke-15. Ini bermakna, malam esok Solat Witir akan diiringi oleh bacaan Doa Qunut di rakaat terakhir! Ini bermakna juga, Syawal makin hampir! Dan.. ini bermakna, Ramadan juga bakal meninggalkan kita.. 🙁 Dapatkah kita jumpa lagi di Ramadan depan? Dapatkah Kembara Tarawih dilaksanakan untuk kali ke-2?
Kembara Malam ke-15 kali ini aku menuju ke suatu tempat yang selalu kawan-kawan aku lepak (katanya..) Uptown Damansara, atau nama rasminya, Damansara Utama. Di sudut kawasan kedai di Damansara Utama ni ada 1 roundabout dan di sudut sananya, ada sebuah masjid. Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama nama diberi. Dikelilingi kawasan perumahan, tidak begitu luas, namun mempunyai kemudahan yang agak hebat. Pendingin Hawa Berpusat. Sama seperti masjid Putrajaya (akan dikembara) dan Masjid Negara
Buka Puasa. Ruang yang terhad tidak menghalang Masjid ini menyediakan juadah berbuka. Seperti biasa, kurma dan kuih menjadi pembuka selera. Selepas solat Maghrib makanan berat pula dihidang. Ringkas ulasan buka puasa ni ya. Ini Kembara Tarawih, bukan Kembara Iftar 🙂
Solat Isyak dan Tarawih. Solat Isyak seperti biasa. Solat Tarawih dilakukan sebanyak 8 rakaat. Bila sebut saja 8 rakaat sudah tentu dihiasi dengan bacaan ayat yang panjang dan lama. 🙂 Tahan ke kaki korang? Dengan kedinginan Air-Cond lagi. Memang dugaan. Imam di sini ada 2 orang, bergilir selepas 4 rakaat. Imam yang pertama, lembut bacaan, sayup.. hati-hati.. hampir tertidur.. Imam kedua, bacaan lantang, bersemangat.. segar sikit.. :p
Jemaah. Lama dah tak cerita pasal jemaah tempatan kan. Kehadiran jemaah di masjid ini masih di tahap memuaskan. 6-7 saf penuh. Kanak-kanak pula tak ramai, hanya 2-3 orang dan penuh disiplin. Tiada jerit-jerit, lari-lari. Jemaah muslimah pula ditempatkan di tingkat atas masjid walaupun ada tirai di dewan solat utama. Bagus juga ditempatkan di tingkat atas. Tiada la yang nak skodeng-skodeng. Namun agak sukar bagi nenek-nenek yang nak solat, terpaksa naik tangga.
Sambil-sambil menanti waktu Isyak, aku ada la intai-intai papan kenyataan Masjid. Satu perkara menarik perhatian. “Masjid ini diawasi oleh CCTV” Tu dia.. aku masuk dewan solat, terus meliarkan mata mencari kamera CCTV.. Jumpa 1 di depan sekali.. hehe.. tapi 1 je, tak banyak. Siapa yang pantau? Tak tahu lah. Tapi kita harus sedar, kita sentiasa “dipantau”. 🙂
OK, sekian dulu ulasan Kembara Tarawih. Jumpa lagi esok..
Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Al-Muhtadin
Komen Terkini