RISIKO – BERANI AMBIL ATAU TIDAK?
Saya sekeluarga sudah merancang untuk bercuti ke Pulau Lagenda selama 4 hari 3 malam. Sudah dirancang di awal tahun sambil mengumpul dana sedikit demi sedikit. Ada ahli keluarga saya yang belum pernah menjejakkan kaki ke dalam pesawat. Jadi inilah masanya untuk merasai pengalaman yang menakjubkan ini..
Eh, lama juga tak tulis blog ni. Baiklah, sambung…
Kami memilih untuk menaiki penerbangan Air Asia kerana ketika itu tawaran tambang murah menghiasi newsfeed MukaBuku. tawaran diambil dengan membawa ibu dan ibu mertuaku (bukan Nyonya Mansur ya) serta adik ipar dan beras (biras) dalam percutian ini.
Hari yang kami pilih? Isnin hingga Khamis. Tambagnya murah, bukan waktu puncak, tak ramai orang. Jadi kebanyakan bayaran perkhidmatan lain seperti pengangkutan (kereta sewa) dan penginapan (homestay) lebih rendah berbanding hari minggu atau hari cuti sekolah. Saya yang bekerja dari rumah ini juga lebih mudah nak ambil cuti. Kerja pun boleh sambil-sambil di sana. (Walaupun TAK BAWA LAPTOP!)
Hari yang dinanti telah tiba, kami sekeluarga berangkat ke KLIA2 untuk menaiki penerbangan ini. Tiada siapa yang boleh jangka, tiba-tiba JEREBU naik ke utara, minggu lepas status IPU berwarna BIRU lagi. Namun, langit tak selalunya “clear”, jerebu kuat tiba-tiba melanda utara Malaysia.
Tiada notifikasi di telefon mengatakan ada kelewatan mahupun pembatalan, namun sebaik sahaja kami di kaunter “Luggage Drop”, pegawai bertugas memaklumkan bahawa penerbangan kami BATAL! Kami diminta ke kaunter khidmat pelanggan untuk MENUKAR WAKTU PENERBANGAN LAIN.
Sekiranya kita sudah merancang percutian yang melibatkan tarikh-tarikh dan masa yang perlu dipatuhi seperti waktu check in penginapan dan sebagainya, waktu baharu penerbangan pastinya tidak boleh sampai hari esok. Kalau boleh, hari ini juga perlu MABOR! (Terbang).
Ketika di kaunter penukaran waktu penerbangan, kami dimaklumkan bahawa penerbangan hari ini mungkin dibatalkan sehingga malam. Mereka boleh masukkan kami di penerbangan sebelah malam, TETAPI tidak menjamin penerbangan ini diteruskan atau tidak, bergantung kepada isyarat daripada Padang Mat Sirat.
Maka, saya MENGAMBIL RISIKO menukar waktu penerbangan kepada jam 6.55 petang (paling awal sebelah malam) bagi memastikan kami tiba di Pulau Mahsuri malam ini juga. Kami akur dengan akibat yang perlu ditanggung seperti beratur semula untuk tukar waktu penerbangan sekiranya penerbangan 6.55 petang ini juga BATAL. Waktu ini belum dimaklumkan batal lagi.
Namun sekali lagi, yang ditakuti berlaku juga. Dimaklumkan bahawa SEMUA penerbangan dibatalkan. Maka saya terpaksa beratur sekali lagi, meredah hutan belantara untuk menukar sekali lagi waktu penerbangan ke waktu PAGI (7.30 pagi) seperti yang dicadangkan kepada kami.
Sementara menanti giliran, khabar dari penjaga pagar imigresen memaklumkan, 2 penerbangan MALINDO AIR ke pulau tersebut diteruskan! Mereka MENGAMBIL RISIKO mengharung jerebu bagi memastikan pelanggan mereka sampai ke destinasi dan mengelakkan “domino effect” yang bakal terjadi kepada pelanggan mereka sekiranya penerbangan dibatalkan.
Jadi? Dapat ke “flight” pagi tu? Sudah tentulah TIDAK! Yang ada hanya jam 4.35 petang (waktu sama, nombor penerbangan sama) hari ESOK! Kami akur, terima dan kasih kepada AIR ASIA yang TIDAK BERANI AMBIL RISIKO.
Apa langkah seterusnya? Kami melangkah kaki ke BALAI BERLEPAS untuk PULANG ke SENDAYAN. Masuk ke dalam VAN (kami seramai 7 orang dewasa dan 2 kanak-kanak berumur 2 tahun) dan terus pulang. Sambil itu, kisah kelakar kami yang masuk “airport” dan keluar semula dengan bagasi penuh tanpa naik kapal menghiasi perjalanan pulang kami.
Pemandu van juga memaklumkan ada beberapa rombongan yang BERANI MENGAMBIL RISIKO menyewa van TERUS ke Kuala Perlis. Tinggalkan tiket penerbangan yang sudah dibatalkan itu. Destinasi perlu ditujui, hotel perlu check-in. Jika dana sudah banyak, bolehlah buat begitu. Kami? SABAR DAN TABAH. Esok cuba lagi.
Alhamdulillah, pengangkutan dan penginapan kami tidak terjejas. Malah “rate” dikurangkan sehari. Perancangan aktiviti juga tidak banyak berubah secara drastik. Mungkin aktiviti makan diringkaskan untuk memenuhi ruang aktiviti serta TEMPAHAN MINYAK GAMAT, COKLAT, GUDANG GARAM dapat dipenuhi!
Doakan jerebu kembali reda di utara. Semoga kami dapat bercuti dengan tenang dan puas.
Laaa.. gitu kisahnya
Betul..jerebu ni menganggu byk aspek..
Exam oun tertangguh . .
Watnya org dh merancang next week bercuti . .tp disebabkan exam tertangguh perlu exam next week.. haaa..mcm mana
Tiket burn..hotel burn atau exam ug nak di burnkan?
Emmmm…..
Kita nak saman siapa sbb terganggu dek jerebu yek??
Amin semoga dipermudahkan.
Kesian buat mereka yg 1st time
Kesan dan akibat yang perlu ditempuhi daripada keputusan pengambilan risiko yang telah kita buat.. akur, tabah dan sabarlah…
Amin…
Didoakan tuan sekeluarga dapat bercuti dengan tenang dan gembira. Ada kebaikan dalam setiap perkara.
Amin!
Oh! Yes Thanks for share!
Oh yes, thanks your post
thanks your post … looking so helpful
Hari yang dinanti telah tiba, kami sekeluarga berangkat ke KLIA2 untuk menaiki penerbangan ini