Kerajaan Langit Untuk Website
Tinggi betul dia naik sampai ke langit. Jumpa ke Ayah Pin? Bila sebut Kerajaan Langit saja mesti teringat individu dan kumpulan yang pernah menggegarkan tanah air. OK, lupakan pasal Ayah Pin.
Setelah sekian lama memalaskan diri untuk tulis di bilik ini, nak tak nak perlu juga tulis untuk mudah kita semak, rujuk, imbas kembali apa yang mungkin kita lupa. Dah dekat sebulan masuk 2015, satu entri pun tak ada kan?
Ok, kali ini, tak ada perkongsian penting yang nak dikongsikan agar bermanfaat, cuma sedikit sahaja perkembangan yang baru dipelajari padahal lama dah teknologi ni berjalan. Apa dia? Tengok langit. Ada apa? Bukan Kerajaan Langit. Tapi ada AWAN. Orang Jawa panggil Cloud.
Zaman web hosting kini dah jauh ke depan. Dulu ada shared hosting, dedicated, server co-lo dan macam-macam. Kali ni ada CLOUD pulak. Lama dah benda ni, cuma pendedahan dia kurang. Orang yang dah biasa dengan hosting biasa pun malas nak masuk campur hal cloud ni.
Jadi, aku cubalah cari-cari apa yang boleh dimanfaatkan oleh benda ni. Salah satu penyedia Hosting Cloud ini menyediakan perkhidmatan untuk melajukan capaian ke website yang dibangunkan dalamnya. Konsepnya mudah saja, guna cache. Dulu TM pun guna stryle ni untuk lajukan Dial-Up dia. Cumanya dia buat dari sisi pengguna, bukan sisi laman web.
Blog-blog handalan yang makin naik pun dah guna cara ini untuk pastikan pembaca dia masuk dalam blog mereka dengan laju dan mudah. Jadi, aku pun perlu melangkah untuk guna servis ini. Masa untuk pindahkan website-website dan blog-blog ini kasi masuk itu awan.
Saya memilih CloudWays. Sebabnya? Murah, apps tersedia, cache tersedia, semua dah ready lah. Tinggal nak pasang dan masukkan content saja. Server saya pilih Digital Ocean dan lokasi di Singapura. Bayaran untuk 20GB space dan 1TB bandwidth dengan harga USD5 sebulan kira murah la tu kan.
Blog INI belum pindah lagi. Blog dan website lain sudah pindah. Boleh masuk www.kalendarhijrah.com dan www.vitamin4u.com.my serta www.mypasarmalam.com untuk cuba bezakan hasilnya.
Perancangan seterusnya selain pindahkan blog ini ke awan adalah memindahkan kedai online yang super slow tu ke sana juga. Tapi mungkin makan masa. Gud Lak!
UPDATE: Blog ini sudah PINDAH!
thanks your post, i like it
If you would like to improve your familiarity simply keep visiting this web site and be updated with
the newest information posted here.