Kullu Nafsin Zaikatul Maut..

Kullu Nafsin Zaikatul Maut..

Salam. Tanggal 24 Ogos 2011, bersamaan 24 Ramadan 1423H sudah pastinya menjadi ingatan buat semua. Perginya seorang suami, seorang bapak, seorang guru, seorang jurulatih, seorang abang, seorang adik, seorang sahabat, seorang kenalan menemui Yang Maha Mencipta di petang yang redup.

Cikgu Rahmat“, panggilan yang sentiasa dititipkan oleh semua kenalan, “Pak Ngah” / “Wak“, panggilan yang sentiasa melekat di bibir anak-anak buahnya, “Bapak“, panggilan yang hanya diucapkan oleh 4 beradik, dan bermacam-macam lagi panggilan kini hanya tinggal kenangan.

Usia 63 tahun pastinya umur yang tidak disangka-sangka menjadi penamat untuk sebuah kehidupan. Namun, semuanya telah ditetapkan, dituliskan, dilaksanakan oleh Yang Maha Melaksana buat umatNya.

Jutaan terima kasih kepada semua, semua dan semua yang telah hadir ziarah, yang tidak putus-putus mengucapkan ucapan takziah dan Al-Fatihah melalui SMS, Facebook, Twitter dan di mana-mana sahaja.

Van Biru Pak Ngah

Status Update oleh sepupu, "Along"

Al-Fatihah..

Mohd Farhan Rahmat (PaanMFR) – “Tidak raya tahun ini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *