Fitrah Kini Semakin Mudah
Salam Ramadan. Sudah lebih 1/2 bulan kita menunaikan ibadah puasa ini. Maknanya sudah makin hampir kita nak raya.. ewah2.. nak raya saje.. Zakat Fitrah dah bayar? Di samping Rukun Islam ke-3 kita tunaikan, Rukun Islam ke-4 juga jangan dilupa. Lebih-lebih lagi Zakat Fitrah.
Jika dahulu, Zakat Fitrah dibayar kepada Amil-Amil yang dilantik oleh Pusat / Lembaga Pungutan Zakat Negeri secara tunai. Maknanya kita jumpa diorang, bayar secara terus. Namun, teknologi terkini memudahkan Pusat / Lembaga Pungutan Zakat Negeri mengembangkan urusan pembayaran Zakat Fitrah ini menggunakan khidmat SMS / Mobile melalui telco yang dilantik. Di Malaysia. Maxis dan Celcom memperkenalkan perkhidmatan pembayaran Zakat Fitrah mereka.
Maxis – http://www.maxis.com.my/personal/latest/MZakat/index.asp
Celcom – http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/index.html
Namun tidak semua negeri menggunakan perkhidmatan ini. Senarai negeri yang telibat ada disenaraikan di laman web berkenaan.
Selain SMS / Mobile, pembayaran Zakat Fitrah juga boleh dilakukan secara ONLINE melalui Maybank2u. Sebelum ini, pembayaran Zakat Harta (pendapatan, emas, simpanan dll) sudah ada dalam perkhidmatan ini. Kali ini pembayaran Zakat Fitrah juga boleh dilakukan di Maybank2u.
Jadi, lepas ni, tidak adalah alasan terlupa, tak sempat, tak jumpa Amil kat “shopping mall” dan sebagainya untuk dijadikan alasan. Semuanya boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Bagi yang tidak mahu menggunakan khidmat ini dan masih mahu membayar Zakat Fitrah dengan cara tradisional dipersilakan. Semua yang disebut di atas adalah alternatif lain selain melalui sistem yang sedia ada. Pilihan di tangan anda.
Salam Ramadan, Salam Lebaran
Komen Terkini