Konsert Ria 2010: Penutup Yang Menggamatkan?

Sebelum ulasan, kita baca dulu petikan daripada AF Talent

Sebagai penutup kemeriahan tahun 2010, Astro Entertainment dengan kerjasama AMP Radio telah menganjurkan Konsert Ria 2010 yang telah diadakan pada 19 Disember 2010 yang lepas di i-City Shah Alam. Konsert beserta Showcase Mini ini melibatkan sebahagian besar artis-artis di Malaysia disamping membawakan rancangan-rancangan terbitan Astro Entertainment Sdn Bhd ke khalayak umum.

Keseluruhan acara ini bermula dengan Showcase Mini yang diadakan di pentas bergerak (Mobile Stage) yang diletakkan berdekatan petas utama. Showcase ini menampilkan rancangan-rancangan terkini terbitan Astro Entertainment seperti Kamilah Bintang, Mari Menari, Kau & Aku dan Anda Ada 60 Saat.

Setiap rancangan menampilkan peserta, pelakon, pengacara dan permainan berkaitan. Walaupun hujan renyai-renyai, sambutan pegunjung i-City Shah Alam sangat menggalakkan, lebih-lebih lagi dengan khadiran pengacara cantik manis, Lisa Surihani (Mari Menari) dan Nora Danish (Kamilah Bintang)

Acara utama Konsert Ria 2010 bermula jam 8.30 malam di pentas utama i-City. Pentas Konsert Ria 2010 dbuka dengan persembahan daripada Dato’ AC Mizal. Artis-artis lain seperti Mawi, Anuar Zain, Misha Omar, M. Nasir dan ramai lagi bergilir-gilir memasuki pentas membuat persembahan yang sangat menghiburkan.

Konsert Ria 2010 telah mengundang 2 buah kumpulan rock dari seberang iaitu The Lucky Laki dan Ahmad Dhani dengan menampilkan T.R.I.A.D. Seperti yang kita ketahui, The Lucky Laki merupakan kumpulan yang terdiri daripada anak-anak Ahmad Dhani sendiri manakala T.R.I.A.D (The Rock Indonesia Ahmad Dhani) adalah salah satu projek Ahmad Dhani. Persembahan mereka menjadi gamat apabila Stacy diundang berduet bersama Ahmad Dhani menyanyikan “Sedang Ingin Bercinta”

Secara keseluruhannya, Konsert Ria 2010 ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih 20 ribu pengunjung. Konsert Ria 2010 ini akan disiarkan di Astro Ria (104) ada 1 Januari 2011, jam 9 malam. Kepada yang tidak berkesempatan mengunjungi i-City minggu lalu, boleh menonton rakaman konsert ini seperti yang dimaklumkan.

http://www.aftalents.com.my/Article.aspx?ID=8629

———– Sesi Ulasan Pulak ———–

Okey, memang gamat gak la dengan beberapa benda yang berlaku. Yang rasanya semua kecoh apabila salah seorang artis yang dinanti-nntikan telah MIA (Missing In Action) a.k.a tidak hadir..

Gamat yang keduanya, tentulah artis jemputan dari seberang. Tapi disebalik kegamatan tu aku perasan juga la cara mereka menjaga kualiti persembahan dan terfikir.. “patutla kalau diorg wat konsert nampak best je” haaa.. Tapi aku tak boleh buat kesimpulan dengan hanya memerhatikan 1 persembahan saje la kan. Aku tercari-cari juga kalau ada media yang tulis pasal cara persembahan dilakukan. Nak tahu mcm mana? sila komen dan tanya. 🙂 baru ada interaksi.

Gamat juga bila pertengahan konsert ramai yang bangun dan balik… sebabnya Emcee cakap boleh la pegi makan ke toilet ke sementara tunggu setup untuk next performance. Ini menyebabkan crowd berkurangan.. haa.. kalau dah kurang tu, paham-paham la siapa yang akan mengamuk.. 🙂

Apa-apa pun yang terjadi, Konsert Ria 2010 yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat ini berlalu dengan OK, tanpa ada apa-apa insiden yang tak diingini.. 🙂

Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011..

1 Response

  1. 22 December 2010

    […] This post was mentioned on Twitter by PaanMFR. PaanMFR said: Konsert Ria 2010: Penutup Yang Menggamatkan? http://nblo.gs/c7VhI […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *