Touch n Go, bukan Tap n Go

Touch n Go, Bukan Tap n Go

Salam. Kenapa ya aku bangkitkan tajuk ini? Korang-korang yang menggunakan public ataupun yang gunakan Smart TAG mungkin tak perasan keadaan ini. Aku adalah pengguna Touch n Go, tanpa Smart TAG. Cerita aku kali ini mengenai gelagat atau perangai atau habit pemandu yang menggunakan Touch n Go.

Lihat saja tajuk, mesti korang dag boleh agak kan? Tabiat pemandu yang bukan sentuh kad padan panel, tapi “tap” 2-3 kali pada panel. Hasilnya? Panel tak beri respond, sebab tak cukup saat untuk panel membaca kad yang di “tap”. Eh lupa pulak, “tap” tu maksudnya sentuh dengan laju seperti memukul. Kira macam korang ketuk la panel tu.

Aku dah banyak kali lihat bende ni terjadi. Aku yang di belakang ni penat la tunggu orang depan duk “tap” tak lepas-lepas, kemudian boleh pulak unduk sebab kononnya rosak. Padahal salah sendiri. Orang di belakang ni juga yang terpaksa undur sama. Gila..

So kawan-kawan, kalau boleh Touch n Go ni janganlah di “tap” pada panel. Silap-silap kad korang juga yang rosak.

2 Comment(s)

  1. fina fento says:

    ayah saya pernah silap masuk lane touch n go padahal takde pun kad TnC 😛

    pengalaman sekali sekala keluar dari langkawi yang takde tol..hahah

    [Reply]

    PaanMFR Reply:

    hehehe.. pengalaman tu dik..
    x trill kalau bawak kereta x eksiden / salah masuk dsb.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Shares