Surat Cinta yang perlukan Kasih Sayang

Salam..

Dimaklumkan bahawa hari ini aku menerima 2 surat yang bagi orang lain, tak la penting sangat, tapi bagi aku sangatlah penting memandangkan aku masih lagi dalam status percubaan. Surat yang menentukan nasib aku yang sikit lagi nak berakhir (bulan 9 nanti).

Surat tersebut menyatakan pemiliknya adalah pemilik asal, yang mana aku guna setiap hari. Dinyatakan pula risiko yang diambil dan akibat serta penalti yang bakal dikenakan.

Surat 1
– Kesalahan hadlaju, direkod 102 di kawasan 90. (12 lebihan)
– Akibat, tgawaran kompaun 300
– Penalti, 6 mata kesalahan Kejara

Surat 2
– Kesalahan hadlaju, direkod 107 juga di kawasan 90. (17 lebihan)
– Akibat, tgawaran kompaun 300
– Penalti, 6 mata kesalahan Kejara

Situasi 1
Akibat Besar
– Akibat 1 + Akibat 2 = 600
– Penalti 1 + Penalti 2 = 12
– Status percubaan apabila mencecah 10, maka status akan ditarik balik dan dilarang memohon semula selama 12 bulan.
– Ditarik status yang lagi 5 bulan nak selesai.
– Tunggu 1 tahun untuk mohon semula.
– Kos keluar untuk memohon semula.

Seronok bukan?
OK.. Tapi.. lihat pula situasi ini.

Situasi 2
Surat yang sama, akibat yang sama, penalti yang sama..
Diganti dengan pemilik asal (sudah ada CDL)

Akibat Besar
– Akibat 1 + Akibat 2 = 600
– Penalti 1 + Penalti 2 = 12
– Status CDL apabila mencecah 10, masih di bawah tahap minimum gantung (15).
– Akibat diselesaikan oleh aku sendiri.. (600)
– Pemilik ada 10 mata, apabila tiada kesalahan selama 24 bulan, akan ditolak 7 mata. 24 bulan lagi 7 mata lagi sehingga sifar. (Selamat)
– Aku perlu selesaikan akibat (600) kepada pemilik, kemudian selesai. (Selamat)

Tapi itu lah.. sanggup ke korang mintak mak korang setelkan saman korang?
Yes.. itulah yang bakal terjadi ni..
Surat = Saman Trafik (Kesalahan Had Laju)
Akibat = Kompaun RM300 setiap 1
Penalti = Mata KEJARA yang dikenakan (6 + 6 = 12) – Aku tak selamat, kalau mak aku ade peluang selamat.

Macam mana ya?

Tak tu la, aku ade teringat2 kalau diselesaikan sekali, kadar lebihan = 12 + 17 = 29 (8 Mata) – aku mungkin selamat.. aku perlu tanya Cikgu2 aku di Sekolah ni..

4 Responses

  1. GraFiQuE says:

    la.. pesal la ko selow sangat! Alang2 arr..

    berapa lama lagi percubaan ko tamat? kalo settle lepas tamat percubaan boleh tak?

    Eh, kerja aku tuh! ekekekee

  2. PaanMFR says:

    hehe..
    dah dapat option 3..
    terima kasih cikgu2, kawan2.. serta Inspektor BUTAT! hehehe

  3. eita says:

    alalala cian laling me
    sabar laa kalo ada percubaan ada la dugaaan heee
    mcm citer pendekar hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *