Karma

1. Permulaan hari aku hari ini aku sangka begitu baik apabila Jalan Cheras tak begitu jemmed. Aku sampai di Stadium Merdeka (park kereta – bukan tgk konsert) dalam masa 30++ minit. Namun segalanya berubah bila aku menjejakkan kaki di Platform Monorel.

2. Sesak, ramai orang. Mungkin orang-orang yang nak kejar jam 9 pagi.Aku biarkan, beri laluan kepada pengguna yang hendak masuk cepat. Aku guna taktik u-turn kononnya ingin dapat tempat duduk. Aku terus ke platform seberang, menantikan tren ke KL Sentral.

3. Tunggu.. tunggu.. tak tiba.. tren ke Titiwangsa tiba silih berganti, mengosongkan platform di sana. Aku sudah terlepas 3 tren, di seberang, tapi tren aku di sini belum tiba lagi. Melihatkan platform yang kosong, aku terus ke seberang semula menantikan tren ke Titiwangsa.

4. Sekali lagi aku ditipu. Tren ke KL Sentral pula sampai. Aku terlepas lagi. Orang semakin ramai memenuhi ruang platform ke Titiwangsa. Tak mengapa, aku di hadapan sekali. Aku tunggu.

5. Tiba-tiba pengumuman.. "Tren yang akan tiba sebentar nanti TIDAK akan mengambil penumpang". Adus.. Aku masih belum dapat naik tren lagi. Pasrah.. Aku tunggu lagi tren seterusnya, mengharapkan dapat naik. Ternyata.. Aku dikecewakan lagi. Tren seterusnya tersangat penuh. Pasrah sekali lagi.

6. Selepas 45 minit berada di Stesen Monorel Maharajalela, berulang-alik menyeberangi platform, akhirnya aku naik juga tren. Penuh seperti biasa. Aku pasrah.. Stall nasi lemak di Stesen Raja Chulan dah kemas, tutup. Aku pasrah lagi.

7. Mungkin ini "balasan" yang aku terima, akibat perkara-perkara keji yang pernah aku buat. Mungkin juga. Aku pasrah.

PaanMFR – penyanyi Pasrah dah hamil, adakah ini bermakna penyanyi Dekat Padamu hanya ada "peluru kosong"?
Salam Merdeka
Salam Ramadan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *