Merangkak perlahan-lahan..

Secara rasminya, aku masih seorang pelajar, belum tukar status 100%, tapi alhamdulillah aku telah mula menjadi seorang yang mempunyai kerjaya.. Kerja sikit-sikit boleh la kan.. Menjadi seseorang yang mempunyai majikan ni tidak akan terlepas daripada sesi "ramah mesra" bersama majikan. Kene pula waktu majikan ber"angin" kencang ketika itu.. Dan alhamdulillah, aku bejaya melaluinya dengan kawalan emosi yang agak sempurna.. fuhh… lega..

Akak-akak dan abang-abang senior di pejabat mungkin agak terkejut kerana aku terlalu awal untuk menghadapi sesi "ramah mesra" ini, namun bagi aku ini adalah pengalaman, dan mereka juga ada bercerita sesi mereka suatu ketika dahulu.. Aku dahulu ketika berlatihan industri pernah juga menghadapi sesi ini tetapi tidak secara serius.. Sekadar bersahaja sahaja..

Memang benarlah kata-kata majikan di tempat aku berlatihan industri dahulu. "The boss must have that kind of attitude, kalau tidak, employee takkan respact, but not always like that la.." lebih kurang macam gitu la big majikan aku kata dulu.. Terima Kasih En Ferhard.. I'm your employee again.. hihi..

4 Comment(s)

  1. malique says:

    Selamat bekerja dengan attitude yang berlututkan lutut. Gunalah bluetooth ! hahahah

    [Reply]

  2. Amir Azmi says:

    Dalam dunia kerjaya nie, kita bukan sahaja ‘know how’! kita juga kena belajar ‘know who’. Bukan bermakna kita kenal orang lain bermakna kita nak ‘membodek’!! Seintiasa positif terhadap orang lain!
    Bagi cikgu, tujuan kita kenal orang lain adalah untuk memahami kehendak dan keperluan orang lain.
    Orang yang cemerlang itu sentiasa dalam mengembirakan orang lain. Dengan Ilmu yang kita ada, kita memberi manfaat kepada orang lain.

    [Reply]

  3. paanMFR says:

    :-?:-?:-?
    kene belajar lagi lah ngn cikgu fizik aku nih..
    dulu belajar fizik, skang belajar berkerjaya..
    terima kasih cikgu..
    :d:d

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Shares