Neil Partick Harris – Doogie Howser MD – Blogging?

Apa kaitannya? Anda mungkin sedia maklum dengan Neil Patrick Harris dan Doogie Howser, tapi blogging? Mari kita imbau kembali zaman kegemilangan siri televisyen ini. Doogie Howser MD, mula disiarkan pada tahun 1989. Kisah seorang remaja yang sangat cerdik, sudah menjadi doktor perubatan dalam usianya yang sangat muda (mengikut jalan cerita lah kan.) Tapi apa kaitan Doogie Howser dengan Blogging / Blog?

Kepada peminat siri TV ini mesti ingat lagi bagaimana kisah dalam 1 episod berjalan. Doktor menyelamatkan pesakit, doktor selalu diajak oleh rakan sebaya untuk berfoya-foya, dan di akhir setiap episod dalam siri ini, Doogie Howser akan duduk di hadapan komputer (jenis lama) dan menulis kisah hidupnya dalam episod itu bersama-sama dengan luahan hati dan pendapatnya. Haaa.. kan blog namanya tu.. cuma belum online lagi.. Online blog bermula pada tahun 1994.

3 Comment(s)

  1. renkenjutsu says:

    aaaaa? x paham…. malas ah nk baca wiki, lama sgt. aper kaitannyer?

  2. paanMFR says:

    wiki tu x perlu dibaca pun sebenarnya. setiap penghujung episod dalamsiri ini, doogie howser akan menulis sedutan kisah hidupnya di dalam PCnya, yang mana kini digelar blogging.

  3. ikoko says:

    🙂

    blogging is diary actually.
    cuma dalam kaedah yang lebih bebas.
    bleh share dengan semua orang, bleh buat apa pun ngan blog kita, bleh jadikan pameran semata-mata. bleh jadikan tempat lepaskan segala tension dalam reality hidup. tak kira la kalau dia jadikan blog dia tu sebagai Third Party Blog.. erm..

Shares