Maniac Monday

Aku pengguna Maxis.. Dah lebih 5 tahun aku guna Maxis dengan nombor yang sama. Sepanjang aku menggunakan Maxis (Hotlink), banyak tawaran-tawaran yang aku dapat, ada yang aku ambil dan ada yang aku tak ambil.. Salah satunya.. 1000 sms @ RM1 Pertama kali aku dapat, lebih kurang bulan lepas.. Aku dapat tawaran ini atas jemputan daripada Hotlink sendiri.. Ada juga kawan-kawan aku yang dapat 5000 percuma. Rezeki masing-masing beb.. Kali ini, Hotlink Rewards bagi peluang kepada semua pengguna Hotlink untuk menikmati tawaran ini.. caranya *138*2# dan tekan "call".. Sah sehingga 29 Mei 2006 hanya setiap Isnin.. Kenapa Isnin?? Pandai Maxis buat tawaran.. Anda pernah dengar Monday Blues?? atau Jangan beli kereta yang dibuat pada hari Isnin. Hari Isnin di dunia ni seperti hari yang sangat sengal.. Orang yang bekerja seperti tiada mood utk kerja, orang yang belajar tiada semangat.. Semuanya berlaku pada hari Isnin. Samada Maxis nak org bersemangat dengan 1000 sms ini atau mungkin nak menurunkan produktiviti pekerja yang bakal sibuk dengan ketik-ketik di telefon mereka.. Bagi aku, ini adalah tawaran yang menarik. Aku selalu sms, tapi tumpuan kerja Insya Allah tak terganggu.. macam bagus saje.. Untuk bulan Mai ini, aku akan cuba gunakan sebaiknya.. Cuti semester IPT pun dah nak mula kan? Selamat bercuti kepada pelajar-pelajar IPT dan Selamat Bergraduat kepada pelajar semester akhir. Hotlink Rewards: 1000 SMS @ RM1

2 Responses

  1. ikoko says:

    tapi saya masih tak dapat nak habiskan 1000 tu, walau dah 2 kali hari isnin, …

  2. miss chubby says:

    buat sakit ati jer manic monday ni..oftem message sending failed..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *