Menjunjung Kasih Tuanku..
Sabtu ini (29 Julai) aku bersama rakan-rakan yang sama-sama extend dahulu, akan melangkah megah menaiki pentas menerima skrol bersempena dengan Majlis Konvokesyen ke-30, di IPT tempat aku belajar. Aku berada di sesi ke 2 (Petang) dan Pro Canselor yang akan memberikan skrol kepada para graduan pada petang itu nanti.
Pagi tadi berlangsungnya taklimat dan raptai Majlis tersebut, dihadiri oleh lebih 4000 bakal graduan yang bakal diraikan. Banyak maklumat yang diberikan termasuklah cara-cara posing gamba ketika ambik skrol.. heheh.. kene senyum la, kene pusing arah jurugambar la.. macam-macam la..
Selain itu kami dilatih untuk menyanyikan lagu Rasmi IPT kami, lagu yang saban tahun kami nyanyi di majlis-majlis universiti serta kolej. Namun aku agak kecewa. Sebab? Dah 3-5 tahun berada di sini, lagu rasmi yang senang itu pun tidak lancar. Tak malu kah anda? Ingin berkonvo.. ingin dihargai, TAPI tak menghargai tempat yang hendak menghargai anda. Malu la sikit.. Lagu lain bleh plak hafal.. lagu yang korang minat tu ade bagi korang Ijazah ke??
Hmm.. emo pulak aku.. OKlah, kepada Graduan U*M, selamat bergraduat!
boss….. ngejer extand tu tak brapa tepat 😛 ‘extend’ sebenornyer… ehek ehek. jgn marah ek? slamat bergraduat (akhirnya!!!!!!)
hahaha. ade je panel ejaan bahasa omputeh aku.. thanks.. yela.. akhirnya.. ko jgn lupe dtg man..
:)>-:)>-