Menaja dan ditaja
Assalamualaikum..
Nak cerita sikitlah, pasal apa yang pernah berlaku di projek kecil-kecilan saya (http://hijriah.jentayu.com)
Projek ni sebenarnya saya cipta untuk anda gunakan dalam blog. Sebagai pemberitahuan tarikh dalam kalender hijrah, yang jarang-jarang kita ambil tahu. Apa yang saya buat? letakkan widget ini di server yang saya sewa pada ketika itu RM95 sebulan, dengan kadar bandwidth yang terhad. Tak sampai sebulan, penuh, sebab sambutan yang menggalakkan. Kemudian saya terpaksa pindahkan semua yang ada ini ke server bernilai RM300 sebulan. Hanya untuk anda.
Saya pernah bertanya dan membuat bancian, adakah anda mahukan servis berbayar atau percuma. Ramai yang nak percuma, tak nak bayar. OK, saya setuju dan akur. Saya sediakan servis percuma ini kepada anda dan saya perlu bayar RM300 sebulan untuk tampung servis ini.
Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah ditaja oleh Travelog Haji. Bersetuju menampung apa yang termampu, namun ada syaratnya. Penajaan ini harus di”bayar” dengan promosi dan kempen. Itu sebabnya timbulnya apa yang anda lihat sekarang, dan saya pasti tiada masalah, hanta sisipan kecil sahaja.
Salam,
Sekiranya anda perasan, di bawah widget Tarikh Hijriah dipaparkan 1 video Youtube dan 1 Banner web mengenai Travelog Haji. Untuk makluman semua, pihak Widget Tarikh Hijriah memerlukan penaja untuk terus LIVE. Maka pihak Travelog Haji telah menaja laman web ini. Syaratnya, Banner hendaklah diletakkan di bawah widget sebagai promosi Travelog Haji.
Harap maklum
Dengan ini, saya memutuskan (buat waktu ini) untuk mengekalkan apa yang ada, sehingga siap sistem widget premium yang tidak akan ada iklan di dalamnya..
Wassalam..
Komen Terkini