Kembara Tarawih: Masjid Al-Muhtadin
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Al-Mujahideen
Salam. Atas sebab beberapa masalah teknikal dan emosional, Kembara Tarawih kali ini hanya bermula sebelum masuk waktu Isyak. Aku terpaksa pulang ke rumah awal untuk uruskan beberapa perkara penting. Maka buka puasa pun di rumah juga. Sendirian.. selalunya buka di masjid bersama jemaah masjid, meriah. hmm
Masjid yang aku pergi kali ini bernama Masjid Al-Muhtadin. Terletak di atas bukit di Damansara Damai. Agak sukar la nak naik, lagi-lagi kancil ni. Kesian. Tiba di atas, kawasan letak kereta masih ada ruang. Park!
Tazkirah: Ya, kali ini Tazkirah dimulakan dahulu sejurus selepas solat Isyak. Disebabkan keadaan aku yang sangat letih kerana mengamuk emosi, permulaan tazkirah tersengguk2 juga. Kantoi.. Lalu bangkit cuci-cuci apa yang patut. Sambung dengar Tazkirah. Ada unsur lucu, dan x lekang dari unsur sindiran ringan. Biasalah. Tak sindir kang tak sedar. Lalai..
Tarawih: Solat Tarawih dimulakan selepas lebih kurang 45 minit Tazkirah. 8 rakaat dilaksanakan. Disebabkan malam ini malam ke-16, maka rakaat ke-3 Solat Witir dibacakan Doa Qunut. Ni Qunut yang betul-betul ya.. Bukan Qunut Pendek atau Panjang. Sapa-sapa yang tak lancar, silalah lancarkan bacaan Qunut anda ya.
Riang sungguh kanak-kanak di sini. Tak sudah-sudah nak main, lari-lari, main mercun. Harap adik-adik di luar sana, Solat Tarawih bukan masa untuk kita main-main, tapi masa untuk kita belajar, untuk kita faham. Ikutlah jemaah lain solat ya..
OKlah, mata mengantuk, badan letih. Jiwa kacau. Sampai di sini dulu Kembara Tarawih. Esok insyaAllah akan ke Wangsa Maju.
p/s – maaf ulasan ringkas sahaja.
Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Usamah Bin Zaid
Komen Terkini